<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Sunday, February 20, 2005
Wasiat hikmat Hassan al-Banna>> IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa> al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari> sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai> Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati.>>> Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, > imam,> guru dan seorang pengarang terkenal. Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan> pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan> didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam > abad> ini.>>> Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:>> Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau> dalam keadaan apa sekali pun.> Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan> amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada> memberi faedah.> Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang> betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.> Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana> pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.> Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan> Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.> Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak> mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.> Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh> pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang> sia-sia, malah menyakiti hati orang.> Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap> melainkan yang memberi kebajikan.> Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas> gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.> Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu,> gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 8:12 PM
Friday, December 03, 2004
Nasihat Imam Hasan Al Banna

Assalamualaikum, sekadar berkongsi maklumat. Bacalah, renungkan & sama-samalah kita cuba mengamalkan perkara2 kebaikan ini kerana Allah SWT.
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapanyang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 7:00 PM
Wednesday, April 28, 2004
dfhdfhdf
# oleh - acah | jam - 11:30 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • 04/01/2004 - 05/01/2004
  • 12/01/2004 - 01/01/2005
  • 02/01/2005 - 03/01/2005
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon